Seorang ahli ibadah bernama Isam bin
Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir
kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang
dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu
dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri
majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba
Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata : "Apabila masuk
waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu'
zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir
sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara
wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
1. bertaubat
2. menyesali
dosa yang dilakukan
3. tidak
tergila-gilakan dunia
4. tidak
mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. tinggalkan
sifat berbangga
6. tinggalkan
sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan
sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata,
"Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap
kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di
hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut
berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahwa aku seolah-olah berdiri di
atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahwa solatku kali ini
adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat
kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku
bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas.
Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana
membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar