Seorang wanita datang kepada
Rasulullah S.A.W. Ia menyerahkan kain yang ditenunnya sendiri dan diserahkan
kepada Nabi S.A.W sebagai rasa cintanya kepada Rasul. Dengan senang hati
rasulullah menerima pemberian itu dan memakainya. Dengan memakai kain pemberian
wanita itu, Nabi keluar menemui sahabatnya. Salah seorang daripada sahabat
melihat begitu indahnya kain yang dipakai Nabi, lau berkata, "Wahai
Rasulullah, alangkah indahnya kain yang engkau pakai itu. Betapa senangnya jika
aku memakainya," ujarnya. "Baiklah," jawab Nabi S.A.W ringkas.
Setelah keluar dari suatu majlis,
Rasulullah S.A.W datang lagi ke tempat itu, tetapi tidak lagi menggunakan kain
tenun yang baru dipakai itu. Kain pemberian wanita itu berlipat di tangannya,
dan kemudian diserahkan kepada sahabat yang memujinya tadi.
"Terimalah kain ini dan
pakailah," ujar Rasululah S.A.W.
Melihat peristiwa itu, ramai sahabat
yang mencela lelaki itu. Kain pemberian wanita itu sangat disenangi Nabi kerana
itu dipakainya, tetapi Nabi tidak pernah menolak permintaan seseorang.
"Mengapa engkau masih memintanya ?" sungut para sahabat.
Apa jawab sahabat yang meminta kain kepada Rasulullah
S.A.W, "Saya minta kain itu bukan untuk saya pakai, melainkan untuk saya
gunakan untuk kain kafanku."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar